Tuesday, January 4, 2011

Harga barang naik

Baru-baru ini pada bulan Disember 2010 diumumkan kenaikan harga barang sekaligus akan memberi kesan kepada kita terutamanya rakyat yang menurut segala keputusan daripada kerajaan kita. Harga petrol dan gula telah diumukan mengalami kenaikan harga disebabkan pengurangan subsidi yang ditanggung kerajaan. Masalah utama adalah, rakyat yang berpendapatan sederhana sudah tentu dibebani oleh kenaikan harga begini. Jika harga petrol naik, sudah tentu akan menyebabkan harga barang lain naik dengan alasan kos pengangkutan dan penghantaran yang meningkat. Persoalan utama adalah, pendapatan gaji bagi rakyat yang berpendapatan sederhana di takuk yang lama. kalau di ingat, zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang menyelaraskan gaji mengikut kemampuan rakyat pada masa tersebut, itu pun kebanyakkanya untuk mereka yang bekerja di sektor awam. Bandingkan mereka yang bekerja di sektor swasta seperti pekerja kilang dan pembantu kedai di negeri Sabah, gaji purata bagi mereka adalah rm 400 hingga 600 sebulan. Jika dikira, apakah yang dapat untuk gaji sebanyak itu? Kos sara hidup semakin meningkat, tetapi pendapatan pekerja di takuk yang lama. Kita sebagai rakyat sebenarnya mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment