Tuesday, January 4, 2011

Mengapa tidak solat?

Solat merupakan tiang agama, pada hari ini ada antara kita yang rasa terbeban dan tidak solat dengan pelbagai alasan seperti penat, sibuk, malas dan tidak merasakan solat itu berkesan untuk hidup mereka. Solat lima waktu sehari umpama ubat untuk memulihkan jiwa manusia. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda: jika ada sebatang sungai yang mengalir dihadapan pintu rumah kamu, lalu dia mandi di sungai itu lima kali sehari, adakah masih terdapat kotoran (pada badannya)? Sahabat menjawab: tidak akan tertinggal sedikit pun kotoran, maka Rasulullah s.a.w bersabda, "maka begitulah solat 5 waktu. melalui solat, Allah akan mengampun dosanya". Kehidupan manusia tidak boleh lari daripada keletihan tubuh dan akal fikiran sehingga menyebabkan kita tertekan. Begitulah fungsi solat 5 waktu sehari terus menerus yang akan memberi kekuatan jiwa kita.

Harga barang naik

Baru-baru ini pada bulan Disember 2010 diumumkan kenaikan harga barang sekaligus akan memberi kesan kepada kita terutamanya rakyat yang menurut segala keputusan daripada kerajaan kita. Harga petrol dan gula telah diumukan mengalami kenaikan harga disebabkan pengurangan subsidi yang ditanggung kerajaan. Masalah utama adalah, rakyat yang berpendapatan sederhana sudah tentu dibebani oleh kenaikan harga begini. Jika harga petrol naik, sudah tentu akan menyebabkan harga barang lain naik dengan alasan kos pengangkutan dan penghantaran yang meningkat. Persoalan utama adalah, pendapatan gaji bagi rakyat yang berpendapatan sederhana di takuk yang lama. kalau di ingat, zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang menyelaraskan gaji mengikut kemampuan rakyat pada masa tersebut, itu pun kebanyakkanya untuk mereka yang bekerja di sektor awam. Bandingkan mereka yang bekerja di sektor swasta seperti pekerja kilang dan pembantu kedai di negeri Sabah, gaji purata bagi mereka adalah rm 400 hingga 600 sebulan. Jika dikira, apakah yang dapat untuk gaji sebanyak itu? Kos sara hidup semakin meningkat, tetapi pendapatan pekerja di takuk yang lama. Kita sebagai rakyat sebenarnya mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju kehidupan kita.

Ilmu bermasyarakat

Untuk menjadi masyarakat maju dan disenangi oleh jiran sekeliling, kita perlulah menghormati budaya majoriti dalam sesebuah masyarakat. Untuk menyenagi seseorang, perkara utama adalah kita mestilah sentiasa memberi kesenangan kepada orang lain. Kunci utama adalah daripada kita sendiri, kita harus memulakan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang diharapkan kepada mereka yang menerima. Antara perkara yang harus dilakukan untuk disenangi orang sekeliling adalah: selalu memberi senyuman kepada orang di sekeliling, membantu orang sekeliling tanpa mengira perbezaan politik, agama, bangsa, bersikap ramah dengan orang sekeliling, selalu memberi sumbangan iaitu sumbangan berbentuk makanan, wang, harta dan tenaga.