Sunday, March 20, 2011

Ciri-ciri organisasi sebagai sistem terbuka


1.       Persekitaran. Persekitaran berada di luar sistem organisasi dimana keputusan berkaitan bagaimana organisasi perlu beroperasi adalah penting kerana organisasi memiliki keupayaan yang terbatas untuk mengubah persekitaran. Oleh itu, organisasi perlu memahami elemen persekitaran dan bagaimana ia beroperasi.

2.  Maklum balas. Sesebuah organisasi bergantung kepada maklum balas iaitu output yang dihasilkan sebahagianya kan dikembalikan sebagai input baru sistem. Contohnya, pelajar yang menerima pendidikan daripada universiti menyumbang semula kepada universiti dengan mencari pekerjaan dan membayar cukai kepada kerajaan.

3.       Keseimbangan. Bagi meneruskan kewujudan sesebuah organisasi atau sistem, ia mestilah menyeimbangkan input tenaga dengan output pengeluaran. Keseimbangan mampu dicapai jika tahap nisbah antara kedua-dua unsur ini dapat dikekalkan. Contohnya, keseimbangan antara graduan yang dilahirkan  oleh universiti dengan pengambilan pelajar baru akan terus mengekalkan peranan dan kewujudan universiti tersebut.



4.       Input. Sumber tenaga daripada persekitaran yang diimport ke dalam sesebuah organisasi dianggap sebagai input. Seperti mesin yang memerlukan elektrik, begitu juga denga organisasi yang memerlukan manusia, sumber dan maklumat. Organisasi  sebagai sistem terbuka memerlukan sumber semulajadi daripada persekitarannya dalam usaha untuk mengekalkan kewujudan sesebuah organisasi. Contoh, universiti memerlukan input seperti para perkerja, bangunan, buku  dan perkhidmatan manakala kilang kereta memerlukan besi, getah, pekerja dan bangunan untuk menjalankan operasi.

5.       Perubahan. Perubahan ialah proses mengubah input kepada output. Dalam organisasi, perubahan melibatkan reka bentuk dan pembinaan, manakala pekerja yang terlibat terdiri daripada yang berpendidikan, bekemahiran dan terlatih di samping perkhidmatan mereka yang boleh dibeli atau dijual. Contoh, dalam sebuah kilang perabut, kayu diproses menjadi papan dan papan diperoses menjadi perabut.

6.       Output.  Produk atau perkhidmatan yang dieksport oleh sistem kepada persekitarannya dikenali sebagai output. Contoh, sesebuah universiti menghasilkan pelajar yang terdidik dan berpengetahuan, menghasilkan penemuan dalam penyelidikan dan mengeluarkan tenaga kerja terlatih yang berkhidmat kepada masyarakat dan Negara. Untuk memastikan output terus seimbang, organisasi akan mengambi tindakan yang berkaitan seperti kewangan atau perbelanjaan  serta tindakan yang tidak menjejaskan proses keseimbangan output organisasi.

7.       Saling bergantung. Bermaksud wujud hubungan yang erat antara bahagian-bahagian dalam sistem dengan keseluruhan sistem. Jika sesuatu bahgian sistem berubah maka ia akan member kesan kepada keseluruhan bahagian lain dalam sistem berkenaan. Contoh, jika kerajaan mengurangkan belanjawan di university, maka program akademik mungkin ada yang tidak dapat ditawarkan, pengambilan pelajar terpaksa dihadkan dan secara langsung menghadkan peluang masyarakat untuk memperoleh pendidikan di universiti.

8.       Entropi negatif. Entropi adalah satu perkembangan menuju ke arah kesoakan. Organisasi perlu mengawal proses entropi dengan cara memperoleh tenaga atau sumber yang berlebihan, disamping simpanan yang sesuai utnuk menghadapi masa depan yang tidak pasti. Dengan cara ini, organisasi dapat menyelenggarakan struktur yang lemah dan mengelakkan proses ketandusan.

9.       Matlamat yang sama. Organisasi yang mengamalkan sistem terbuka ini perlu sampai pada arah yang sama, walaupun melaui cara yang berlainan. Asas pemikiran ini ialah untuk maju, organisasi tidak perlu bermula ditempat yang sama atau menggunakan teknik yang sama. Sebenarnya, tidak ada satu cara yang mutlak untuk merekabentuk pengurusan organisasi ; berbagai-bagai cara dapat dilakukan. Ini bermakna tugas pengurusan ialah mencari pelbagai alternative atau cara untuk mecari penyelesaian, iaitu memerlukan pencarian atau pembentukan dengan pelbagai cara.